Tonton Budok Kuba (Citra Exclusive) Full Video


Budok Kuba (Citra Exclusive)
  • Updated on 20-07-2019 15:07 PM by MyVOD | 2279 Views

  • Jangan ketinggalan untuk menonton sebuah telefilem menarik menerusi saluran Astro Citra berjudul Budok Kuba menerusi slot Citra Exclusive.

    Telefilem ini merupakan inspirasi dari kisah viralnya gambar seribu makna oleh Syukur Khamis, seorang budak kampung yang berkawan rapat dengan haiwan peliharaan bapanya. Istimewanya telefilem ini, Syukur Khamis akan muncul sebagai teraju utama dan kisah dari telefilem ini diolah oleh Arie Zaharie Production.

    Kepada para peminat Syukur Khamis, anda jangan ketinggalan untuk menonton telefilem Budok Kuba di malam minggu ini iaitu 20 julai 2019 pada jam 9 malam menerusi saluran Astro Citra atau Citra HD.

    TAJUK

    BUDOK KUBA

    TARIKH TAYANGAN : Sabtu, 20 Julai 2019, 9 PM
    SLOT : Citra Exclusive
    SALURAN : Astro Citra / Citra HD
    SKRIP : Jo Sidek
    ARAHAN : Hashim Rejab
    TERBITAN : Arie Zaharie Production
    PARA PELAKON : Syukur Khamis, Wan Hanafi Su, Dato’ Fizz Fairuz , Emelda Rosmila, Kamaliah Md Dom, Sarah Daud

    Sinopsis

    Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang berpisah akibat dari penceraian ibu bapa. Amar bersama ibunya pulang ke kampung untuk tinggal bersama datuknya. Semasa berada di kampung, kehidupan Amar sama sekali berubah namun Amar menyukai kehidupan barunya itu di kampung bersama ibu dan datuknya.

    Namun kepulangan bapanya seakan meragut kebahagiaan baru Amar semasa berada di kampung. Bapanya mahu Amar kembali tinggal bersamanya di kota kerana baginya di kampung tiada kemudahan yang dapat membantu Amar menjadi insan berguna.

    Namun Amar mula menyayangi dan tidak mahu meninggalkan kampungnya itu kerana baginya haiwan yang ada di kampung bagaikan sebuah keluarga pada dirinya.

Sweet Dreams [ MegaDrama ]

Popular Videos

Muzikal Lawak Superstar 2019

Menggandingkan 14 kumpulan yang terdiri daripada 24 pelawak bersama 12 artis dari pelbagai cabang industri ...

Puteri Yang Ditukar

Kisah mengenai dua insan bernama Amira dan Zahira yang merupakan dua orang gadis sebaya namun mempunyai lat...

Tuan Danial

Cinta yang cuba diatur oleh keluarga Tengku Ismahanim dengan jejaka yang tidak dikenali bernama Danial tela...

Setelah Terlafaznya Akad

Setelah bercerai dengan Hani, Hannan dipaksa berkahwin dengan Nawal atas ugutan ibunya, Wan Masitah. Nawal ...

© 2019 MyVOD. All Rights Reserved