Tonton Cinta Belum Tamat Tempoh Full Episod


Cinta Belum Tamat Tempoh
  • Updated on 18-09-2019 15:09 PM by MyVOD | 4797 Views

  • Sebuah drama terbaru berjudul Cinta Belum Tamat Tempoh bakal mengisi slot MegaDrama di saluran Astro RIA tidak lama lagi. Menampilkan gandingan Nafiz Muaz dan Bella Astillah sebagai pelakon dan watak utama drama ini. Selain mereka, drama ini turut dibintangi oleh Fendy Bakry, Hun Haqeem,Dayang Areeda dan ramai lagi pelakon pembantu yang lain.

    Drama ini merupakan hasil arahan dari pengarah Khan Mancung dan diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd. Drama bersiri 15 episod ini dijadualkan untuk menemui penonton pada penghujung 2019 nanti.

    Jangan ketinggalan untuk mengikuti siri ini nanti ya.

    TAJUK

    CINTA BELUM TAMAT TEMPOH

    TARIKH TAYANGAN : 09 September 2019 / 9 PM
    EPISOD : 15 Episod
    SLOT : MegaDrama
    SALURAN : Astro ria 104 & RIA HD 123
    SKRIP : Rehal Nuharis
    ARAHAN : Khan Mancung
    TERBITAN : MIG Production Sdn Bhd
    PARA PELAKON : Nafiz Muaz, Bella Astillah, Fendy Bakry, Dayang Areeda, Hun Haqeem, Haleeda Mazlin, Darwish Mikael, Sissy Imann, Zailin Aqeesha, Fikry Kiki

    Pelakon Dan Watak

    Nafiz Muaz – Radin
    Bella Astillah – Qaisara
    Fendy Bakry – Megat Haikal
    Hun Haqeem – Qalish
    Dayang Areeda – Arisa

    Sinopsis

    Setelah kematian ibu bapanya, Qaisara bekerja keras meneruskan kehidupan bersama adiknya, Qhalish sehingga dia berjaya membuka sebuah kafe.

    Kini adiknya, Qhalish sudah dua tahun bertunang dengan Arisa dan merancang untuk berkahwin namun terpaksa menangguhkan hasratnya itu kerana mahu menjaga hati kakaknya yang belum berkahwin, ditakuti langkah bendul.

    Qhalish mempelawa sahabat baiknya, Radin untuk menjadi abang iparnya. Selepas mendapat pelawaan Qhalish dan juga desakan daripada mamanya untuk berkahwin, Radin mengambil keputusan untuk mengenali Qaisara dengan usahanya sendiri.

  • Senarai Episod Cinta Belum Tamat Tempoh

Puteri Yang Ditukar

Popular Videos

Cinta Belum Tamat Tempoh

Mengisahkan seorang gadis yang bernama Qaisara yang telah kematian ibu bapanya, Dia bekerja keras meneruska...

Hilang Yang Kembali

Mengisahkan konflik keluarga kerana kehilangan anak. Sepuluh tahun yang lalu, Fara dan suaminya Razif bercu...

Kau Yang Pertama

Kisah percintaan antara boss & intern. Farhan adalah CEO/ Pengasas Butik Carla’s Collections yang...

Sweet Dreams [ MegaDrama ]

Sweet Dreams slot megadrama astro ria menampilkan Mira Filzah dan Ben Amir sebagai pelakon utama, selain di...

© 2019 MyVOD. All Rights Reserved