Tonton Hilang Yang Kembali Full Episod


Hilang Yang Kembali
  • Updated on 09-09-2019 15:09 PM by MyVOD | 17513 Views

  • Jangan ketinggalan untuk mengikuti siri drama terbaru menerusi slot Samarinda di TV3 berjudul Hilang Yang Kembali. Menampilkan pelakon Aqasha, Emelda Rosemila, Nafiz Muaz sebagai teraju utama drama ini selain dibantu oleh Azhan Rani, Zamarul Hisham, Zarina Zainoordin dan ramai lagi.

    Drama ini merupakan hasil arahan pengarah Amor Rizan dan diterbitkan oleh produksi Padi Pictures Sdn Bhd. Drama ini dijadualkan bakal memulakan tayangan pada 20 Ogos 2019 sebaik sahaja tamat Kerana Dia Manusia Biasa.

    TAJUK

    HILANG YANG KEMBALI

    EPISOD : 12 Episod
    TARIKH TAYANGAN : 20 Ogos 2019 / 10 PM
    SLOT : Cerakarama
    SALURAN : TV3
    ARAHAN : Amor Rizan
    TERBITAN : Padi Pictures Sdn Bhd
    PARA PELAKON : Aqasha, Emelda Rosemila, Azhan Rani, Taufiq Hanafi, Zamarul Hisham, Nafiz Muaz, Elisya Sandha, Arill Fesol, Zarina Zainoordin, Kazar Abd Razak, Damia Qaissara, Adam, Syed Irfan, Nur Auni Zahra, Ameer Imran

    Pelakon Dan Watak

    Aqasha - Razif
    Emelda Rosemila - Fara
    Azhan Rani - Tuan Ismail
    Nafiz Muaz - Danial / Randi
    Zamarul Hisham - Ikmal
    Arill Fesol - Danish
    Kazar Abd Razak - Che Jan
    Elisya Sandha - Alisa
    Damia Qaissara - Bunga
    Adam - Danial
    Syed Irfan -  Danish
    Nur Auni Zahra - Alisa
    Ameer Imran - Randi

    Sinopsis

    Mengisahkan konflik keluarga kerana kehilangan anak. Sepuluh tahun yang lalu, Fara dan suaminya Razif bercuti di sebuah pulau bersama anak mereka Daniel yang ketika itu berusia 9 tahun dan Danish, 8 tahun. Malang tidak berbau, Danial hilang tanpa dapat dikesan.

    Puas mereka mencari Daniel tapi Danial tidak juga ditemui. Razif membuat keputusan dan meminta Fara membawa Danish supaya pulang ke Kuala Lumpur dahulu. Pada mulanya, Fara berkeras tetapi akhirnya dia pulang setelah Razif berjanji akan mencari Danial dan tidak akan pulang ke Kuala Lumpur tanpa anak mereka.

    Sebulan kemudian, Fara yang menanti penuh harapan kecewa apabila akhirnya Razif pulang jugag tetapi tanpa Danial. Kehilangan Danial memberi tamparan dalam perhubungan Fara dan Razif. Fara seolah berdendan dengan Razif kerana tidak mengotakan janjinya. Apatah lagi campur tangan saudara mara dan Puan Salmah, ibu Razif, membuatkan Fara bertambah tertekan. Jauh di sudut hati, Fara tidak pernah putus harapan dan yakin Danial akan dapat ditemui juga nanti.

    Suatu hari, Fara dan Razif dikunjungi oleh seorang pemuda yang memberitahu dia adalah Danial, anak mereka yang hilang dahulu. Fara ragu-ragu pada mulanya, tetapi apabila Danial menunjukkan kesan parut di tangannya, Fara yakin pemuda itu adalah anaknya. Danial menceritakan bagaimana dia hilang serta menunjukkan gelang yang sama seperti yang pernah Danial pakai sebelum dia hilang. Fara bertambah yakin bahawa Danial itu anaknya setelah melihat parut di tangan Danial.

    Namun Razif pula curiga dan hatinya kuat mengatakan bahawa pemuda itu bukan anak kandungnya. Siapakah sebenarnya pemuda itu? Adakah benar dia adalah Danial atau sebaliknya?

  • Senarai Episod Hilang Yang Kembali

Puteri Yang Ditukar

Popular Videos

Cinta Belum Tamat Tempoh

Mengisahkan seorang gadis yang bernama Qaisara yang telah kematian ibu bapanya, Dia bekerja keras meneruska...

Hilang Yang Kembali

Mengisahkan konflik keluarga kerana kehilangan anak. Sepuluh tahun yang lalu, Fara dan suaminya Razif bercu...

Kau Yang Pertama

Kisah percintaan antara boss & intern. Farhan adalah CEO/ Pengasas Butik Carla’s Collections yang...

Sweet Dreams [ MegaDrama ]

Sweet Dreams slot megadrama astro ria menampilkan Mira Filzah dan Ben Amir sebagai pelakon utama, selain di...

© 2019 MyVOD. All Rights Reserved