Tonton Kau Yang Pertama Full Episod


Kau Yang Pertama
  • Updated on 18-09-2019 12:09 PM by MyVOD | 12817 Views

  • Jangan ketinggalan mengikuti siri drama berjudul Kau Yang Pertama yang bakal sekali lagi menampilkan gandingan Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah. Drama 28 episod terbitan Sha's Media Sdn Bhd, diarahkan oleh Hadith Omar. Akan disiarkan menerusi slot Akasia TV3 bermula 12 Ogos, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam.

    TAJUK

    KAU YANG PERTAMA

    EPISOD : 28 episod
    TARIKH TAYANGAN : 12 Ogos 2019
    WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
    SLOT : Slot Akasia TV3
    PENULIS SKRIP : Shahremy Ikmal & Eja Lorena
    ARAHAN : Hadith Omar
    PRODUKSI : Sha's Media Sdn Bhd
    PELAKON : Fikry Ibrahim, Farah Nabilah, Tasha Shilla, Elyas Abdullah, Yusuf Bahrin, Wan Sharmila, Marisa Yasmin, Sheila Hassan, Wan Nor Azlin, Elly Mazlein, Amar Asyraf, Erul Samah, Nashra Shah, Imam Shah, Nasz Sally, Laila Nasir

    PELAKON DAN WATAK

    Fikry Ibrahim sebagai Farhan
    Farah Nabilah sebagai Rose Natasha
    Tasha Shilla sebagai Ameera
    Yusuf Bahrin sebagai Tajul
    Wan Sharmila sebagai Suraya
    Marisa Yasmin sebagai Puan Sally
    Ellyas Abdullah sebagai Irfan
    Sheila Mambo sebagai Mak Timah
    Wan Nor Azlin sebagai Mak Gayah
    Laila Nasir sebagai Puan Aida
    Amar Asyraf sebagai Haris
    Nashra Shah sebagai Puan Anne
    Imam Shah sebagai Syamel
    Nasz Sally sebagai Seri
    Iman Shah sebagai Syamel
    Yusuf Bahrin sebagai Tajul

    LAGU TEMA / OST
    Alif Satar - I Want You To Love Me

    SINOPSIS

    Kisah percintaan antara boss & intern. Farhan adalah CEO/ Pengasas Butik Carla’s Collections yang menghasilkan rekaan fesyen wanita terkini. Permintaan terhadap rekaan pakaian dari butiknya sentiasa mendapat sambutan kerana dia menggunakan model/ duta pakaian  yang merupakan seorang instafamous terkenal dan mempunyai pengikut yang ramai iaitu Ameera. Ikatan pertunangannya dengan Ameera sentiasa mendapat perhatian netizen yang menggelarkan mereka sebagai #FaRame.

    Farhan dan Ameera sibuk dengan persiapan kahwin. Natasya yang menjalani latihan pratikal sebagai pereka fesyen di butik milik Farhan berusaha untuk menempatkan dirinya diterima bekerja terus di butik tersebut bagi menyelesaikan masalah hutang arwah ayahnya. Natasya menawarkan diri untuk membantu Kak Zaza membuat gaun pengantin seperti yang dimahukan oleh Ameera. Farhan tidak yakin kerana Natasya hanya seorang pelatih. Dia memberi tempoh sebulan untuk menyiapkan gaun tersebut.

    Disaat hari pernikahan mereka, Ameera pengsan dan dihantar ke hospital. Ameera disahkan mengandung anak luar nikah. Farhan kecewa dengan Ameera. Ameera cuba merayu dapatkan kembali cinta Farhan tapi Farhan dah tawar hati dan dia rasa terhina menanggung malu kerana perkahwinannya terbatal. Farhan berkurung diri di rumah. Urusan butik diserahkan kepada Irfan. Natasya diterima bekerja di Butik Carla’s Collections sebagai pereka fesyen.

    Puan Aida, mama Ameera sudah lama tahu yang Ameera masih berhubung dengan Haris, dan dia kecewa apabila Ameera mengandungkan anak Haris. Berita ini tidak tersebar keluar. Puan Sally dan Farhan percaya cerita Ameera yang kononnya dia dirogol. Puan Aida rasa malu dan minta Ameera keluar dan jangan balik lagi ke rumah. Dia betul-betul terkilan dengan apa yang berlaku.

    Farhan terpegun melihat Natasya gayakan gaun pengantin. Farhan tanya Irfan apa pendapat Irfan kalau Natasya jadi pengantinnya. Kedengaran begitu, Irfan terpaksa lupakan cintanya terhadap Natasya.

  • Senarai Episod Kau Yang Pertama

Puteri Yang Ditukar

Popular Videos

Cinta Belum Tamat Tempoh

Mengisahkan seorang gadis yang bernama Qaisara yang telah kematian ibu bapanya, Dia bekerja keras meneruska...

Kau Yang Pertama

Kisah percintaan antara boss & intern. Farhan adalah CEO/ Pengasas Butik Carla’s Collections yang...

Hilang Yang Kembali

Mengisahkan konflik keluarga kerana kehilangan anak. Sepuluh tahun yang lalu, Fara dan suaminya Razif bercu...

Muzikal Lawak Superstar 2019

Menggandingkan 14 kumpulan yang terdiri daripada 24 pelawak bersama 12 artis dari pelbagai cabang industri ...

© 2019 MyVOD. All Rights Reserved