Tonton Kerana Dia Manusia Biasa Full Episod


Kerana Dia Manusia Biasa
  • Updated on 19-08-2019 16:08 PM by MyVOD | 25275 Views

  • Drama adaptasi dari novel berjudul Kerana Dia Manusia Biasa karya Wan Nur Najihah akan disiarkan di slot Samarinda TV3 menggantikan drama Mimpi Sabrina. Menampilkan gandingan Syukri Yahaya dan Emma Maembong. Drama ini turut dibintangi oleh Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime dan ramai lagi. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dibawah arahan Idora Abdul Rahman.

    TAJUK

    KERANA DIA MANUSIA BIASA

    EPISOD : 15 episod
    TARIKH MULA TAYANG : 24 Julai 2019 / 10 PM
    SLOT : Samarinda TV3
    PENULIS NOVEL : Wan Nur Najihah
    PENULIS SKRIP : Janjira, Riqmal Eng, Fajar Surya
    PENGARAH : Idora Abdul Rahman
    TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
    PARA PELAKON : Syukri Yahaya, Emma Maembong, Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Mimi Ernida, Zera Hariz, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime, Afifah Nasir, Aleza Shadan, Arash Mohd, Dhia Ly, Ku Zara Eryna

    WATAK PELAKON
    Syukri Yahaya sebagai Tengku Shamil
    Emma Maembong sebagai Nurin Aira
    Husna Mustaffa sebagai Nur Aisyah Ishak
    Sasqia Dahuri sebagai Nora Yasmin
    Mimi Ernida sebagai Suraya
    Zera Hariz sebagai Najwa

    Sinopsis

    Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit. Tengku Shamil Zaquan. Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.

    Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan.

    Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka. Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.

    Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya. Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.

    Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Adakah dendam dalam hati Tengku Shamil akan hadir semula?

  • Senarai Episod Kerana Dia Manusia Biasa

Sweet Dreams [ MegaDrama ]

Popular Videos

Muzikal Lawak Superstar 2019

Menggandingkan 14 kumpulan yang terdiri daripada 24 pelawak bersama 12 artis dari pelbagai cabang industri ...

Puteri Yang Ditukar

Kisah mengenai dua insan bernama Amira dan Zahira yang merupakan dua orang gadis sebaya namun mempunyai lat...

Setelah Terlafaznya Akad

Setelah bercerai dengan Hani, Hannan dipaksa berkahwin dengan Nawal atas ugutan ibunya, Wan Masitah. Nawal ...

Tuan Danial

Cinta yang cuba diatur oleh keluarga Tengku Ismahanim dengan jejaka yang tidak dikenali bernama Danial tela...

© 2019 MyVOD. All Rights Reserved