Tonton Sweet Dreams [ MegaDrama ] Full Episod


Sweet Dreams [ MegaDrama ]
  • Updated on 22-08-2019 15:08 PM by MyVOD | 39869 Views

  • Nantikan sebuah drama bersiri menerusi slot Megadrama di saluran Astro RIA berjudul Sweet Dreams tidak lama lagi. Menampilkan Mira Filzah dan Ben Amir sebagai tunjang utama, selain dibantu oleh pelakon hebat lain seperti Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman dan ramai lagi.

    Drama ini merupakan sebuah lagi drama yang berasal dari novel, kali ini ia merupakan novel hasil garapan penulis Acik Lana dan ia diarahkan oleh pengarah kesukaan ramai Michael Ang.

    Siri Sweet Dreams dijadualkan menemui penonton sekitar bulan ogos nanti, sebaik sahaja tamatnya drama Setelah Terlafaznya Akad.

    TAJUK

    SWEET DREAMS

    TARIKH TAYANGAN : Mulai OGOS 2019 / 10 PM
    EPISOD : 28 Episod
    SLOT : MegaDrama
    SALURAN : Astro RIA & RIA HD
    NOVELIS : Acik Lana
    SKRIP : Nazri M. Annuar
    ARAHAN : Michael Ang
    TERBITAN : Bambam Studios Sdn Bhd
    PARA PELAKON : Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, Didi Astillah

    Pelakon dan Watak

    Mira Filzah – Putri
    Ben Amir – Qash Adam
    Sean Lee – Karl
    Nina Juren – Puan Laila
    Yuna Rahim – Cempaka
    Nasz Sally – Farah
    PU Azman – Cik Man
    Didi Astillah – Melissa

    Sinopsis

    Puteri seorang gadis bisu yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.

    Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.

    Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.

    Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.

    Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.

    Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

  • Senarai Episod Sweet Dreams [ MegaDrama ]

Sweet Dreams [ MegaDrama ]

Popular Videos

Muzikal Lawak Superstar 2019

Menggandingkan 14 kumpulan yang terdiri daripada 24 pelawak bersama 12 artis dari pelbagai cabang industri ...

Setelah Terlafaznya Akad

Setelah bercerai dengan Hani, Hannan dipaksa berkahwin dengan Nawal atas ugutan ibunya, Wan Masitah. Nawal ...

Tuan Danial

Cinta yang cuba diatur oleh keluarga Tengku Ismahanim dengan jejaka yang tidak dikenali bernama Danial tela...

Puteri Yang Ditukar

Kisah mengenai dua insan bernama Amira dan Zahira yang merupakan dua orang gadis sebaya namun mempunyai lat...

© 2019 MyVOD. All Rights Reserved